Saturday, July 19, 2008

HISTORY


History is the witness that testifies to the passing of time; it illumines reality, vitalizes memory, provides guidance in daily life and brings us tidings of antiquity.
Cicero, Pro Publio Sestio
Roman author, orator, & politician (106 BC - 43 BC)

14 comments:

Zaid@Zaidel said...

Salam...Rasanya generasi muda pasti tidak pernah tahu dan ambil tahu akan kewujudan bendera ini...

Penabahari said...

Salam kembali sdr Zaidel,
Beginilah, sejarah mengajar manusia bagaimana menghadapi masa depan dengan lebih bijaksana. Perlu bijak dalam menilai sejarah. Jangan merobah sejarah untuk kepentingan peribadi yg sedikit.
Semoga sdr terus cemerlang dan bahagia bersama keluarga.

Salak said...

[...Jangan merobah sejarah untuk kepentingan peribadi yg sedikit....]

Err ...Sdra pharmy53,

Ini "SEJARAH" dari sudut falsafahnya, bukan "histriography", yg kita fahami sebagai ketekunan ke atas "facts" atau makluman dan displin tentang bukti, artifak, arkeologi yang cuba diterjemahkan selepas keberlakuannya.

Mungkin Sdra telah membacanya tapi satu pautan/ link ini mungkin melebarkan lagi diskusi.

Manusia agaknya akan sentiasa membawa maknya sendiri kepada masaalah dan peristiwa. Dari segi socio-budaya-agama, kononnya "kepercayaan am" tentang pengalaman manusia dan haluannya kita tanamkan ke dalam institusi dan budaya dan cuba melaksanakan nilai-nilai itu dalam hidup dan kenegaraan. Ini soal rumit dan besar. Sekarang, ketika ini, minit ini kita terperangkap di tengah-tengah pusingan zaman.

Kalau Malaysia diambil sebagai contoh, pergolakan keadaan sekarang mensabitkan kita ke tengah-tengah suasana atau sejarah dalam perjalanannya.

Ke mana kita hendak menghala dan dengan apa asas? Atau apakah asasnya itu satu mimpi atau kenyataan yg bertempur dengan apa yang kita harungi sebagai "sejarah".

George Orwell pernah berkata "He who controls the present, controls the past. He who controls the past, controls the future."

Hitler pernah cuba mengasaskan sejarah Germany dengan orang German sebagai bangsa "superior" dan bangsa, bukan nilai murni, sebagai intinya. Dan bangsa tak akan diketepikan bagi orang-orang yg semata-mata ingin kuasa!

Penabahari said...

Terima kasih sdr Salak atas pautan yg diberi.
Benar, sejarah dari segi falsafahnya akan dinilai oleh genarasi mengikut pemikiran mereka. Yang sgt dikesali apabila
sejarah yg jelas kebenaran tulisannya boleh dirobah dengan bersandarkan hujjah tulisan ini berbentuk kreatif.Lantas "sejarah" yg dikreatifkan ini boleh meresap menjadi pegangan yg kurang mendalami fakta sejarah.

Seperti kata saudara:

"Ke mana kita hendak menghala dan dengan apa asas? Atau apakah asasnya itu satu mimpi atau kenyataan yg bertempur dengan apa yang kita harungi sebagai "sejarah".
Saya turut gementar pada perjalanan "sejarah " masakini. Ke mana arah haluannya?

Apa yg diucapkan oleh George Orwell nampaknya begitu relevan sekali.Sungguh perjalanan masa muka yg dihadapi kini cukup sukar dan meresahkan.
Begitu bicara hati kecil saya.
Salam sdr Salak.

Salak said...

Ironinya ialah seoralh-olah Orwell menulis script untuk George Bush dan Tony Blair laksanakan!

Tapi, ianya amaran yg tak dapat diatasi rakyat Amerika mahupun Britain kerana "Kerajaan" atau "State" terlalu berkuasa. Soal yg lain ialah samada Osama ben Laden ialah hanya "karangan"! Karadzic dah ditangkap dan dipercayai berjaya disembunyi kerana bantuan CIA. Tapi Kuasa Dunia, USA, tak dapat tangkap ben Laden! :)

Britain sekarang dah menjadi realiti tekaan Wells hingga kidupan peribadi rakyat sendiri terancama!

Salak said...

Apa dah jadi kepada orang Islam yg berbuih mulut dusta, bohong dan pura-pura? Sejarah dalam pendustaan?

[“The wing views the by-election as a critical election not just for Barisan Nasional but also for the whole country and its people.

“It is a "JIHAD" because this individual should not be given the chance to destroy the country’s political stability and prosperity."
...The Star]

Ikut tauladan Bush?! :(

Salak said...

"JIHAD" I N I aku setuju! :)

Penabahari said...

Sdr Salak ,
Saya kagum dgn maklumat yg sdr salurkan dan ia menjadi ilmu bantu buat saya menulis sedikit sebanyak dalam arena keratif.
Saya ikut jejak sdr dan cuba mencari apa yg boleh difahami ttg Osama. Benarkah beliau invisible di mata CIA?
http://www.globalresearch.ca/articles/CHO109C.html

Tentang JIHAD, umum maklum maknanya dan tafsirannya. Mengapa ya, mamsih ada manusia yg cuba memperalatkan agama? Di sinilah peranan ulama penting untuk menyuluh jalan buat rakyat jelata agar jgn terpesong oleh laluan serong manusia as-suk.

Salak said...

[pharmy53 said...

"...kagum dgn maklumat yg sdr salurkan dan ia menjadi ilmu bantu buat saya..."]

Itu semua Google search punye pasal! Tapi kadang-kadang terlalu banyak maklumat hingga lemas! :) Jadi ada baiknya saudara cuba-cuba dengan berbagai cara gunakan Google dan "search engine" yang lain jika perlu!

Invisible? Tak mungkin! Dari segi masa yg mereka cuba jejak mungkin atau tidak lama. Tapi mereka tahu. Bahkan Kerajaan BN Malaysia pun tahu! Sebelum 9-11 beberapa orang tertangkap(?) di KL!!!

Bacakanlah petikan berikut daripada Newsweek!

["...To a greater degree than they will ever want to admit, the intelligence and law-enforcement authorities of several Western countries have tolerated terrorists in their midst. The rationalization has always been that it’s better to keep an eye on terror cells than drive them underground. Radical imams sometimes act as informants for law enforcement. In the murky world of terror cells, however, it is sometimes hard to tell who is an informant—and who is a double (or triple) agent. When Al Qaeda networks moved into the Bosnian civil war, the CIA argued against expelling the extremists, insisting that it was more important to watch them and monitor their communications.

The British have not been above tolerating some terrorists of their own. For years British authorities have permitted a rabid imam named Abu Qatada to preach at a social club in London. But when 18 videos of Abu Qatada’s rants turned up in the Hamburg apartment of a fugitive member of Mohamed Atta’s terrorist cell, the fiery imam became an instant candidate for new British laws designed to detain potential terrorists without trial. All over the world, America and its allies are trying to strangle the sleeper cells from within. But in the difficult war on terror, squeezing one end of the network may only push the poison in another direction. The war on the Taliban has created a flood of refugees. Some of them are holy warriors, who pay $20,000 to $30,000 to “travel agents,” professional smuggling syndicates that set them up with new identities and passports. Newly minted, the jihadists can go back into the world and start spreading terror all over again. ...Newsweek, Bin Laden’s Invisible Network


Artikel aslinya dah nyau dan ini adalah "salinan" yang telah dimuaturunkan "wanttoknow.info"...]

Nampaknya orang seperti Shahrizat & lain-lain sekelambu dengannya tidak akan berfikir dua kali gunakan apapun untuk hawa nafsu!

Kalau kita tak sependapat dan tak sekepercayaan dengan mereka kena fikir, kadang-kadang "orang-orang agama" pun, seperti di Sarawak, adalah "hollow men of faith"! Kata-kata keras tapi perlu diucapkan!

Salak said...

Sebidang tanah dijelaskan sebagai milikan sendirian ‘Mesjid Besar (Kuching) Charitable Trust Board’, sekarang digunakan untuk perkuburan menjadi kontroversi apabila 44 buah kubur lama, dijangka sewaktu Rajah Brooke, telah dipindahkan.

Berita penuh mengenainya dalam Borneo Post di SINI.

Tadi pagi saya di majlis perkahwinan saudara keluarga dan topik ini hangat dibincangkan.

Apa agaknya Sdra faham mengenai isyu tanah wakaf ini yg sekarang kononnya bertukar asas dan menjadi bukan "wakaf"?

Penabahari said...

Setakat ini, belum ada maklumat yg dapat dikongsi. Sdr Bagaimana.? Ingin kongsikan sesuatu'
boleh emelkan pada saya:
pharmy53@yahoo.com.my

Salak said...

Hi pharmy,

Di mana sebenarnya letak tempat I belum kesan lagi. Nantilah I emel Sdra jika ada apa info.

Nescaya Sdra dah baca tentang Pak Samad telah meninggal.

Saya yakin, Sdra mungkin peminatnya. Saya sendiri agak tak sedar ikhtiar beliau dalam budaya dan politik. Hanya selepas membaca The 1994 Ramon Magsaysay Award for Journalism, Literature and Creative Communication Arts barulah jelas siapa Pak Samad sebenarnya selain daripada seorang sasterawan!

Kita lafazkan Alfatihah kepada roh Allahyarham Pak Samad.

Bagaimana Ramadhan? Bubur pedas dan sotong pukul? :D

Penabahari said...

Sdr Salak,
Maaf kerana telah lama tidak on-line. PC dah tak boleh digunakan lagi, kena dapatkan ganti.Baru hari ini sempat on-line.
Saya sempat menjenguk Tanah perkuburan yang dimaksudkan.Ia terletak antara Pejabat Kesihatan Bahagian dan Pencawang elektrik Sesco di Jalan kereta api.

Salak said...

Salamu'alaikum pharmy,

Sorry dengar PC you mogok! Hari Raya kena beli PC baru pun!

Kebetulan semalam saya pun dengar berita lanjut mengenainya tapi letaknya tak begitu tepat saperti info Sdra! Terima kasih!

Saya dengar dah beberapa buah kubur telah dibongkar tanpa hemat dan hormat bertindak leluasa. Nampaknya CEO Badan Amanah Kebajikan Am Masjid tertekan dan menggerah kontraktor lakukan kerja kerana kononnya pressure dari atas dan pemajunya mahu kerja dilaksanakan dengan segera.

Nampak besar juga tempat itu! Mewah sekali kalau dapat buat, saya dengar, Apartmen! Walaupun roh-roh orang di bawahnnya merintih!